NASI LEMAK

NASI LEMAK

sumber ilustrasi : pinterest.com


1 .  asal usul nasi lemak
-Nasi Lemak merupakan makanan tradisi orang melayu yang berasal dari Tanah Semenanjung Malaysia

Pasti anda bertanya mengapa Nasi Lemak dipanggil Nasi Lemak?(Sudah tentu,bukan?)
-nasi lemak mendapat namanya daripada nasi itu sendiri yang berlemak dan berkrim

2 . cara nasi lemak dihidangkan
  • Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan santan kelapa yang signifikan bagi menimbulkan rasa berlemak.kadangkala,daun pandan dimasukkan semasa nasi dimasak untuk menambahkan aromanya yang wangi
  • Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur rebus,timun,ikan bilis goreng,kacang goreng dan sambal.Kini,nasi lemak disajikan bersama pelbagai lauk seperti ayam goreng,sotong goreng,udang goreng dan sebagainya 
3 . PROSES PEMBUATAN NASI LEMAK
         BAHAN-BAHAN:
        Nasi lemak dan bahan perasa  
  • 550g beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 500ml air
  • 200ml santan
  • 2 helai daun pandan,disimpul
  • 1/2 sudu kecil Ajinomoto
  • 100g timun,dihiris
  • 3 biji telur,direbus dan dibelah dua
  • 50g ikan bilis,digoreng
  • 50g kacang tanah,digoreng
       Sambal(ditumis)
  • 1 sudu besar Pes asam jawa
  • 300ml air panas
  • 3 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil Ajinomoto
  • 5 biji bawang merah,dihiris
       Sambal(dikisar halus)-A
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 40g cili kering,dipotong biji dan direbus
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 5g belacan
         ARAHAN
          Nasi lemak dan bahan perasa
  1. masukkan beras,air garam,santan,daun pandan dan ajinomoto ke dalam periuk nasi dan biarkan sehingga masak
         Sambal tumis
  1. panaskan kuali leper dan tumis bahan-bahan(A) sehingga terbit minyak
  2. masukkan asam jawa yang telah dicampurkan dengan air dan kacau rata
  3. masukkan Ajinomoto,gula dan garam
  4. renehkan 15 minit
  5. masukkan bawang merah dan kacau sehingga layu
  6. hidangkan nasi bersama sambal,telur,timun,kacang dan ikan bilis
   4.KEISTIMEWAAN NASI LEMAK
  • nasi lemak sebenarnya sangat terkenal di seluruh tanah Melayu seperti Singapura,Brunei termasuklah wilayah-wilayah di pantai timur Sumatera,Indonesia khususnya,Jambi,Kepulauan Riau,Riau,Sumatera selatan,Sumatera utara
  • nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib bagi masyarakat Melayu pada umumnya.Pada mulanya, amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getag, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand, Brunei dan Singapura menjadikan nasi lemak sebagai bekalan harian untuk santapan mereka selepas membanting keringat.
  • hidangan nasi lemak tidaklah terhad kepada nasi lemak yang lazimnya kita lihat.Namun demikian nasi lemak dihidangkan dengan pelbagai cara seperti:

         DI MALAYSIA

  1. Masyarakat india lebih gemar memakan nasi lemak bersama pelbagai jenis kari baik dari ayam, ikan atau daging kambing
  2. Masyarakat cina pula biasanya makan nasi lemak bersama lauk rendang dan sosej berasaskan daging babi

        DI SINGAPURA
  1. sambal yang dihidangkan adalah kurang pedas dan sedikit manis berbanding sambal nasi lemak pada umunya agar dapat lebih merasakan lemak santan nasi
  2. nasi lemak biasanya dimakan bersama pelbagai lauk seperti sosej, kek ikan, kari sayur dan daging luncheon
        DI INDONESIA
  1. Masyarakat Kepulauan Riau menghidangkan nasi lemak serupa dengan lauk-pauk berasaskan makanan laut  selain ikan bilis termasuk ikan selar atau sotong yang dikenali di Indonesia sebagai cumi-cumi, udang sepertimana yang ada di seberang selat. Sambal ikan tamban erupakan lauk khusus didapati di bersama nasi lemak Riau,begitu juga dengan bawang goreng.
  2. Di kota Medan boleh didapati di "rumah-rumah makan" atau yang dikenali sebagai warung khusus digandingkan dengan lauk rendang atau balado serta kepingan telur dadar,kripik kentang balado, tempe orek dan emping belinjo. Ia juga sering dijual bersama Lontong Medan. Nasi ini sering bertindih nama dengan nasi gurih yang hampir sama cara pembuatannya terdapat di Aceh.
  3. Di kota Pekanbaru pula, ikan-ikan jenis air tawar seperti ikan selais dan ikan patin menjadi lauk pilihan digandingkan, sama ada dimasak lada hijau Minang atau di-perkedel-kan.       
Bagi warga asing yang tinggal di luar Malaysia yang ingin mencuba nasi lemak tetapi terlalu jauh dan memerlukan kos yang tinggi ke Malaysia. Kini, beberapa restoran telah dibuka di luar Malaysia yang menghidangkan nasi lemak seperti:
  1. Restoran Nur Malaysia (Paris, Perancis)
  2. Banceuy Nasi Lemak,Braga (Kota Bandung, Indonesia)
  3. Restoran Nasi Lemak Hat Yai (Thailand)




Sumber Rujukan:
  • https://www.google.com/search?q=pengenalan+nasi+lemak&rlz=1C1CHBF_enMY912MY912&sourceid=chrome&ie=UTF-8
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
  • https://www.butterkicap.com/open-house/sejarah-ringkas-nasi-lemak
  • https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/11/94941/nasi-lemak-paris


1 comment: