AMBUYAT
![]() |
sumber ilustrasi : pinterest.com |
1.asal usul ambuyat
Ambuyat atau Sagu Rumbia merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Borneo khususnya kaum Bisaya(Sarawak,Sabah,Brunei dan Kalimantan). Selain itu, ambuyat juga merujuk kepada sejenis hidangan yang berasal daripada bahagian batang sagu sawit.Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Bukan itu sahaja, Ambuyat juga dikenali sebagai Ambulung, Linut atau Pepeda. Ambuyat juga merupakan makanan ruji bagi beberapa kaum seperti kaum bisaya
2.CARA AMBUYAT DIHIDANGKAN
Ambuyat pada umumnya dimakan menggunakan penyepit buluh yang dikenali sebagai candas,dengan menggolekkan penyepit kemudian dimakan tetapi sudah menjadi kebiasaan masyaraka untuk mencecahnya dengan sambal khas seperti Belacan,Jeruk Bambangan,Kuah Ikan Rebus,atau dimakan bersama sayur Kangkung dan ikan Ampap
3.PROSES PEMBUATAN AMBUYAT
- Proses untuk menghasilkan ambuyat dikenali sebagai proses mengarus .Proses ini selalunya mengambil masa selama sehari. Pada masa kini, ambuyat boleh didapati di tamu-tamu atau pasar-pasar dalam bentuk packet.
Bahan-bahan:
Ambuyat
- 1kg (6 cawan) tepung sagu rumbia
- air panas yang dibaru masak
- 1 liter (4 cawan) air
Sambal belacan(mengikut citarasa masing-masing)
- 1 ketul belacan bakar
- cili padi/cili biasa(kuantiti mengikut kepedasan yang disukai)
- perasa
- gula
- jus limau
ARAHAN:
AMBUYAT
- campur tepung sagu rumbia dengan 4 cawan air mendapkan selama 10 minit
- selepas 10 minit,buang air dan masukkan sagu dalam bekas yang tahan panas
- bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih
- kacau sagu sehingga sebati dan masak yang kelihatan jernih seperti gam.Ini menandakan sagu itu telah masak
- Jika mahu masak dengan cepat.Campurkan tepung sagu dengan air,masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga sagu kelihatan liat dan jernih
SAMBAL
- Satukan semua bahan dalam blender atau lesung batu.Tumis atau kisar sehingga lumat
- Boleh juga tambah sedikit bawang merah dan isi udang(direbus/dibakar)
- cicah ambuyat yang sudah siap dibuat tadi dengan sambal belacan. SELAMAT MENCUBA!
4.KEISTIMEWAAN AMBUYAT
Warna dan tekstur sesuatu makanan amat penting dalam membangkitkan selera dan keterujaan seseorang menjamah ambuyat.Walaupun demikian, hal ini tidak pernah dialami oleh masyarakat kaum Bisaya di Sabah yang tidak mementingkan warna dan tekstur tetapi lebih mementingkan rasanya yang sangat enak iaitu ambuyat itu sendiri yang berwarna putih cair dan teksturnya yang seperti gam.hal ini dikatakan demikian kerana ambuyat menjadi hidangan wajib dalam adat istiadat seperi perkahwinan dan aktiviti keramaian bagi masyarakat bisaya.Malahan,ambuyat terkadang dimakan bersama-sama dengan hidangan tengah hari yang menggantikan nasi. Tambahan pula, kaum lain seperti kadazandusun, murut juga menikmati dan menggemari ambuyat sebagai makanan ruji yang sering dimakan bersama nasi atau lauk.
Pantang Larang
Ambuyat adalah salah satu makanan yang mempunyai pantang larang yang sering atau pernah diamalkan oleh masyarakat Borneo antaranya termasuklah:
- Pada zaman dahulu, jika ada kematian ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan linut/ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah.Jika ahli keluarga berkeras hendak makan, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti linut.
- Masyarakat Dalat juga mempunyai kepercayaan sama tetapi banyak diabaikan oleh generasi muda.Antaranya, tidak boleh ketawa besar dan bercakap kasar serta kotor ketika makan ambuyat/linut (inut dalam sebutan masyarakat Dalat).
Sumber Rujukan:
- https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/10/198020/ambuyat-sajian-tradisional-masyarakat-borneo
- https://www.google.com/search?q=keistimewaan+ambuyat&rlz=1C1CHBF_enMY912MY912&oq=keistimewaan+ambuyat&gs_lcrp=EgZjaHJvbWUyBggAEEUYOTINCAEQABiGAxiABBiKBTIKCAIQABiABBiiBDIKCAMQABiABBiiBDIKCAQQABiABBiiBDIKCAUQABiABBiiBDIKCAYQABiABBiiBNIBCTEyNDkxajBqNKgCCLACAQ&sourceid=chrome&ie=UTF-8
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Ambuyat
- https://myresipi.com/resepi-ambuyat/#google_vignette
- https://kitakitapeers.blogspot.com/2017/10/makanan-tradisional-di-sabah-ambuyat.html#:~:text=Ambuyat%20juga%20tidak%20perlu%20dikunyah,dimakan%20bersama%20pelbagai%20jenis%20kuah.&text=Mengikut%20pendapat%20ramai%2C%20mereka%20akan,lebih%20kepada%20sumber%20karbohidrat%20berair.
No comments:
Post a Comment