NASI KERABU

 NASI KERABU

Sumber ilustrasi : pinterest.com



1.ASAL USUL NASI KERABU
- Nasi kerabu berasal daripada kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga wilayah-wilayah di selatan Thailand dan nasi kerabu di kenali sebagai Khao Yam
       SEJARAH RINGKAS:

  • Nama Nasi Kerabu ni datang sebab makanan ni merupakan campuran nasi dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman dibubuh kelapa parut, garam, lada dan lain-lain.
  • Nasi Kerabu dikatakan memang berasal dari Kelantan, khususnya dari kalangan Peranakan pada abad ke-15. Peranakan Kelantan ialah kumpulan etnik yang terdiri dari tiga budaya iaitu Melayu Kelantan, Thailand dan Cina.
  • Nasi Kerabu wujud disebabkan percampuran budaya Cina dan Melayu akibat penghijrahan pedagang Cina. Nasi Kerabu ni dicipta oleh masyarakat Melayu yang tinggal di sepanjang Sungai Kelantan.
2.CARA NASI KERABU DIHIDANGKAN

   Ia merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam percik,daging  bakar, telur masin,keropok,budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit Penggunaan daun atau herba dalam menjadikan warna nasi menjadi hitam.

      Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.


3.PROSES PEMBUATAN NASI KERABU

Bahan-bahan:

Nasi Biru Bunga Telang

  • 4 pot beras
  • Air secukupnya
  • Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru- rendam semalaman dan kisar
  • Serai diketuk
  • Daun limau purut
Cara-cara:
  1. Masak nasi macam biasa menggunakan rice cooker.

SOLOK LADA

  • 100g kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang rebus-amik isi dan tumbuk kasar
  • Cili hijau-belah buang biji
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecik lada hitam ditumbuk
  • Garam dan gula
Cara-cara:
  1. Kisar bawang, kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.
  2. Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.

 SAMBAL CILI

  • Sambal Cili
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili besar- kalau tak nak pedas
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan.

SAMBAL IKAN KELAPA

  • 1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • Nisan-cincang halus @ gula
  • Garam secukup rasa
  • 4 batang serai
  • 1 sudu kecik lada hitam-tumbuk

Cara-cara:

  1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata. Masak sekejap supaya tahan lebih lama.

SAMBAL TUMIS

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • ½ labu bawang putih
  • ½ inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 ½ sb gula
  • 2 sk garam bukit halus
  • 2 sb budu
  • Minyak masak – agak banyak

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, bawang-bawang dan halia.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 ½ cawan air. Masukkan santan.
  3. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan serai dan asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasa dulu sebelum masukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan boleh tutup api.
4.KEISTIMEWAAN NASI KERABU
Tahukah anda, menurut kajian Chemical Composition dan Anti pro-liferative Properties of Flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang.
Antara khasiatnya adalah:
  1. Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
  2. Melawan sakit kanser dan pertumbuhannya.

  3. Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.

  4. Merawat penyakit mata seperti "pink eye" atau konjunktivitis.

  5. Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.

  6. Anti penuaan

  7. Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut






Sumber Rujukan:
  • https://myresipi.com/resipi-nasi-kerabu-bunga-telang-kelantan/
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_kerabu
  • https://www.google.com/search?q=asal+usul+nasi+kerabu&rlz=1C1CHBF_enMY912MY912&sourceid=chrome&ie=UTF-8



No comments:

Post a Comment