MEE KOLOK
1.ASAL USUL MEE KOLOK
- Mee kolok merupakan masakan Sarawak yang cukup terkenal di seluruh Malaysia.Mee kolok juga merupakan hidangan kegemaran masyarakat Sarawak dan Brunei yang dihidangkan pada bila-bila masa sepanjang hari untuk sarapan,makan tengah hari dan makan malam.
- Mee kolok sebenarnya mempunyai beberapa nama yang diberi oleh masyarakat tempatan.Sebagai contoh, mi kolok(bahasa Melayu), mi kolo/mi rangkai(bahasa Iban), 哥羅麵 - ge luo mian (bahasa cina).
- Pada asalnya hidangan ini tidak halal kerana menggunakan daging dan lemak khinzir, namun peredaran masa dan asimilasi kaum menyaksikan ramuan diubah suai agar dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai agama.
2.CARA MEE KOLOK DIHIDANGKAN
Mee kolok lazimnya dimasukkan beberapa lauk seperti daging babi(tidak halal),ayam , itik,sapi(halal).Selain itu, Mee kolok biasanya dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.Bukan itu sahaja,penggunaan mi yang sedap dan unik daripada hidangan yang berasakan mi iaitu penggunaan mi yee
3.PROSES PEMBUATAN MEE KOLOK
Bahan-bahan:
- Bahagian Sup
- 500g daging
- 1 sudu besar perencah sup
- 2 inci halia
- setengah kiub pati lembu
- garam air rebusan
Bahagian Daging
- 1/2 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
- 1 sudu besar kicap masin
- 5 sudu besar kicap pekat manis
- Bahagian Bawang Putih
- 1 labu bawang putih(dicincang)
- 2 senduk minyak masak
- Bahagian Mee
- mee kolok(mi yee)
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu kecil sos ikan
- 5 sudu kicap manis
- Bahagian Sambal
- 2-3 ulas bawang putih
- cili padi
- Jus limau nipis
- kicap
- Bahan Sampingan
- Sawi (dicelur)
- Tomato (dihiris)
- Kek ikan(digoreng)
- Taugeh
- Daun bawang
- bawang putih goreng
- BAHAN SUP : Rebuskan daging bersama perencah sup, halia, garam dan setengah kiub pati lembu sehingga daging empuk. Daging diangkat dan ditoskan. Ketepikan sup seketika.
- BAHAN DAGING : Daging dihiris nipis. Gaulkan sebati bersama lada hitam, kicap manis dan kicap masin. Perap seketika selama setengah jam.
- BAHAN BAWANG PUTIH : Bawang putih dicincang dan digoreng dalam minyak panas. Tutup api sebelum bawang putih menjadi hangit. Toskan minyaknya untuk masak mee dan daging.
- BAHAN MEE : Mee kolok direbus dengan air panas dan sedikit garam sehingga lembut. Angkat dan toskan terus direndam dalam air sejuk. Kemudian toskan.
- Sediakan cuka, sos ikan dan kicap gaulkan. Panaskan minyak bawang putih dan masukkan mee. Perasakan dengan cuka, sos ikan dan kicap. Gaul hingga rata sebati. Ketepikan
- Panaskan sedikit minyak bawang putih. Masukkan daging yang diperap kicap. Gaulkan selama 3-4 minit. Tak perlu lama takut daging terlalu keras.
- BAHAN SAMBAL KICAP : Tumbuk atas kisar cili padi dan bawang putih. Gaulkan bersama kicap dan jus limau.
- Celurkan sawi, potong dan hiris bahan sampingan lain. Sediakan mangkuk, masukkan mee, sambal kicap dan gaulkan sedikit. Masukkan daging, taburkan bawang putih dan bahan sampingan lain. Sediakan sup yang ditabur daun bawang untuk kuahnya.
SIAP.SELAMAT MENCUBA!
4.KEISTIMEWAAN MEE KOLOK
- Mee Kolok sangat selamat untuk kesihatan kerana mi yang digunakan tidak mempunyai wax. Mee kolok juga lebih enak dimakan semasa baru dihidangkan iaitu masih panas lagi dan memang kurang enak apabila mee kolok sudah sejuk atau mee didalamnya sudah kembang dan lembut.
Mee kolok juga terdapat pelbagai jenis mee kolok yang diubah suai dan ditambahkan beberapa kelainan seperti:
- mee kolok basah
- mee kolok sapi
- mee kolok istimewa
Sumber Rujukan:
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Mi_kolok
- https://cookpad.com/my/recipes/15459304-mee-kolok-sarawak
No comments:
Post a Comment