LAKSA
1.ASAL USUL LAKSA
- Laksa merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapa serata Nusantara khususnya dalam kalangan Baba Nyona, Cina Malaysia,Melayu.Laksa menjadi makanan tradisional di Malaysia yang juga terdapat di Singapura,Selatan thailand dan Indonesia
Kenapa Laksa diberi nama Laksa?
Laksa sebenarnya merupakan perkataan yang diambil dalam Bahasa Cina iaitu Laa' (辣) dan Sa (沙) yang bermaksud pedas dan pasir yang merujuk kepada Laksa Nyonya iaitu rasa pedas dan tekstur berpasir daripada isi udang kering
Sejarah Ringkas:
tempat asal:Melaka iaitu daripada masyarakat Baba Nyonya
Laksa sebenarnya mempunyai pelbagai jenis di seluruh wilayah ini menyebabkan sukar untuk menentukan asal usul hidangan ini dengan tepat. Namun begitu, beberapa resipi laksa telah dibangunkan di sepanjang saluran perdagangan Asia Tenggara—di pelabuhan yang terletak di Pulau PInang, Medan, Melaka, Singapura, Palembang dan Batavia (kini Jakarta); merupakan persinggahan utama di sepanjang laluan rempah-rempah yang bersejarah. Hubungan perdagangan yang intensif antara bandar pelabuhan ini membolehkan pertukaran idea berlaku, termasuk perkongsian resipi.
2.CARA LAKSA DIHIDANGKAN
- laksa lazimnya dimakan bersama makanan sampingan seperti sambal,belacan atau olahan minyak cili.Selain itu, beberapa lauk seperti daging ayam,telur rebus,udang dan ikan dimasukkan ke dalam laksa untuk memantapkan lagi hidangannya.
3.PROSES PEMBUATAN LAKSA
Oleh disebabkan Laksa tidak terhad kepada satu jenis Laksa sahaja,kami akan menjelaskan proses pembuatan Laksa Nyonya(Melaka) iaitu tempat asal Laksa diciptakan.
Bahan-bahan:
- Bahagian A : Bahan Kisar Halus
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
- 3 batang serai
- 3 biji buah keras
- 1 genggam udang kering yang telah direndam dan toskan airnya
- 1 inci belacan bakar
- 3 biji cili merah
- Bahagian B : Bahan Kuah
- 2 liter air rebusan udang
- 2 kotak kecil santan
- 1 pek bebola ikan (dibelah 2 setiap 1 biji)
- 10 biji tau pok (dibelah 2 setiap 1 biji)
- 15 ekor udang (dibersihkan)
- 1 genggam daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan (dibelah 4 setiap 1 kuntum)
- 3 sudu besar cili kering
- 2 sudu besar garam (secukup rasa)
- 1 pek kek ikan (dihiris ikut kesukaan) **optional
- 4 sudu minyak masak (untuk menumis)
- 4-6 keping asam keping
- 1 mangkuk taugeh
- 5 biji limau kasturi (dibelah 2 setiap 1 biji)
- 6 biji telur rebus (dibelah 2 setiap 1 biji)
- 1 mangkuk Sambal belacan tumis
- 1 peket Mee laksa putih (jenis basah)
Arahan:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering, tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan air rebusan udang. Masukkan asam keping, bunga kantan, santan, daun kesum. Kacau rata. Kemudian setelah kuah mula didih, masukkan bahan B yang lain-lain. Masakkan sehingga kuah mendidih. Rasa kuah. Jika cukup rasa boleh padamkan api memasak.
- Mee laksa putih (jenis basah) bolehlah direndam sebentar dengan air panas. Kemudian toskan air. Bilas dengan air biasa. Toskan air. Laksa boleh dihidangkan bersama taugeh, limau kasturi, telur rebus dan sambal belacan tumis. Sambal belacan : 1 cawan cili kering kisar, 1 sudu kecil garam dan 2 sudu makan gula, 1 inci belacan bakar dan 4 sudu makan minyak untuk menumis. Masak sehingga cili pecah minyak.
Siap.SELAMAT MENCUBA!
4.KEISTIMEWAAN LAKSA
Walaupun laksa terdiri daripada pelbagai bentuk dan rasa tetapi setiap lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun agama cukup menggemari laksa yang berbagai jenis ini.Tambahan pula, kepelbagaian laksa ini menyebabkan laksa menjadi salah satu makanan yang terunik kerana terdapat banyak varian dari segi rasa,rupa,proses pembuatan dan sebagainya Antara jenis laksa yang terdapat di kawasan Nusantara adalah;
Laksa Utara Cina Kedah dan Penang :
- Asam Laksa iaitu Laksa Utara pertama terhasil di
Kedah dan
Pulau Pinang
- Laksa Kedah asal
Kedah
- Laksa Penang asal
Pulau Pinang
- Laksa Perlis asal
Perlis
- Laksa Medan asal Medan tergolong dalam laksa utara
- Melayu Johor dan Terengganu :
- Laksa Johor asal
Johor
- Laksa Kari asal
Johor
- Laksa Terengganu Kuah Merah
Terengganu
- Laksa Pahang
Pahang
Laksam dan Laksa Lemak Putih
- Laksam asal Pantai Timur Semenanjung
- Laksa Kelantan asal
Kelantan
- Laksa Terengganu asal
Terengganu
- Laksa Lemak Putih Pahang asal
Pahang
Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya
- Laksa Nyonya variasi pertama asal
Melaka
- Laksa Sarawak asal
Sarawak
- Laksa Katong asal
Singapura
- Laksa Betawi asal Betasi
- Laksa Banjar asal Banjarmasin
- Laksa Siam asal
Thailand
Laksa Melayu dan Baba Nyonya atau Jawa
- Melayu dan Baba Nyonya :
- Laksa Lemak asal
Melaka
- Laksa Tangerang asal Tangerang
- Laksa Bogor asal Bogor
- Laksa Cibinong asal Jawa barat
- Laksa Palembang asal Palembang
Sumber Rujukan:
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Laksa
- https://cookpad.com/my/recipes/15419600-laksa-nyonya-melaka
No comments:
Post a Comment